E-Mail send out to the X_UNITEN gang.
SAYA BARU TERIMA PANGGILAN TELEFON DARI ISTERI TUAN HAJI MOHKTAR PAGI INI (beliau baru jumpa no. HP saya), YANG MEMAKLUMKAN BAHAWA SAUDARA KITA TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL AMPANG (buka Ampang Putri) 2 MINGGU LEPAS DISERANG STROKE DAN SEKARANG DALAM KEADAAN KOMA.
MARI LAH KITA SAMA SAMA DOAKAN AGAR BELIAU PULIH SEGERA.
SAYA INSYAALLAH AKAN KE HOSPITAL PADA 11.30 PAGI INI. SESIAPA YANG INGIN BERJUMPA/ BERSAMA KE SANA HARAP DAPAT HUBUNGI SAYA. BELIAU DI HOSPITAL AMPANG, WAD ICU TINGKAT 3.
MARI LAH KITA SAMA SAMA DOAKAN AGAR BELIAU AKAN PULIH SEGERA.
ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ dan hello Robert
SUSULAN DARI BERITA SEDIH YANG DITERIMA PAGI SEMALAM, SAYA TELAH MAKLUMKAN ISTERI TUAN HAJI BAHAWA SAYA TAK DAPAT MELAWAT BELIAU PADA PAGI SEMALAM ATAS SEBAB HUJAN LEBAT DAN AKAN CUBA KE HOSPITAL LEPAS WAKTU PEJABAT. SAYA TELAH TIBA KE WAD ICU HOSPITAL AMPANG PADA PUKUL 6.45 PTG, DAN TERUS KE WAD BERKENAAN UNTUK MENCARI KATIL BELIAU. SAYA TELAH DIBERITAHU BAHAWA WAKTU MELAWAT TELAH HAMPIR BERAKHIR DAN LAWATAN HANYA UNTUK WAKTU SEKEJAP DAN HANYA 2 ORANG SERENTAK SAHAJA DIBENARKAN. SAYA TERUS CARI KATIL NOMBOR 10 DAN DAPATI ISTERINYA ADA BERSAMA HJ MOKHTAR PADA MASA ITU. BELIAU JUGA HANYA DAPAT JUMPA HJ MOKHTAR SEKEJAP SAHAJA OLEH KERANA TERDAPAT ANAK-ANAK DAN SAUDARA LAIN YANG TUNGGU UNTUK MENZIARAH.
SEMASA DALAM PERJALANAN SAYA DENGAN SAYU BERDOA AGAR SAYA AKAN DIBENARKAN BERJUMPA DENGAN HJ MOKHTAR, WALAUPUN BELIAU SEDANG KOMA, OLEH KERANA KERAP KALI PERSAKIT ICU HANYA DIBENARKAN DILAWATI OLEH KELUARGA TERDEKAT SAHAJA. ALHAMDULILLAH SAYA TELAH DAPAT BERJUMPA BELIAU..... DAN PALING MENGEMBIRAKAN IALAH PADA LAWATAN SAYA, BELIAU TELAH MULA SEDAR DARI KOMA YANG DIALAMI SEMENJAK 15 HARI YANG LEPAS. BELIAU MUNGKIN AKAN DIPINDAHKAN KE WAD LAIN AGAR KAUM KELUARGA DAPAT MENJAGA BELIAU, DI MANA DI WAD ICU TIDAK DIBENARKAN SESIAPA MENEMANI PERSAKIT.
BELIAU DALAM KEADAAN SEDAR DENGAN MATA TERBUKA DAN JARI DAPAT BERGERAK, CUMA TIDAK DAPAT BERCAKAP. BELIAU NAMPAK LETIH DAN DALAM KEADAAN TIDAK SELESA DAN SAKIT SEMASA CUBA BERNAFAS. SAYA BISIKKAN PESANAN KAWAN-KAWAN DAN JUGA DARI ROBERT DAN AGAR SENTIASA INGATKAN ALLAH BERDOA DAN BERSABAR.
DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL TERFIKIR UNTUK MENGAMBIL GAMBARFOTO UNTUK DIHANTAR KEPADA KAWAN-KAWAN, TETAPI APABILA TENGOK KEADAAN BELIAU DALAM KEADAAN KESAKITAN TAK SAMPAI HATI PULAK. DENGAN PERASAN AMAT INSAF, SAYU DAN SEBAK SAYA RASA TAK DAPAT MENAHAN LAGI PERASAAN MAKA SAYA SEGERA BISIKKAN SALAM DAN MINTA DIRI.
SAMA-SAMA LAH KITA DOAKAN SEMOGA HJ MOKHTAR AKAN PULIH SEGERA, DAPAT KEMBALI KE RUMAH UNTUK MENYAMBUT RAMADAN INSYAALAH.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN SEMUA.
-
No comments:
Post a Comment