04 June 2013


Why is there so much resistance from the home minister and prime minister to investigate these cases of deaths in police custody, independently, and to hold those responsible for these deaths accountable?

Just as they are afraid of the noble purposes of Bersih which is
Clean up of the electoral roll
Reform of postal ballot
Use of indelible ink
Minimum 21 days of campaign period
Free and fair access to mass media for all parties
Strengthening of public institutions
No corruption
No dirty politic


31 May 2013

Criticism of the government does not equate criticism of the country. More than at any time in history, Malaysians across the world are expressing their desire for democratic reforms and free and fair elections. That should be celebrated, not shunned.

15 May 2013

14 May 2013

22 April 2013


SUARA SAORANG RAKYAT@ PENGUNDI.

Assalamualaikum wbt & slm sejahtera, Kpd semua sdr mara, rakan sekerja, jiran tetangga, kawan baru & lama.  PRU13 hampir tiba. Semua Rakyat yg layak, berhak mengundi mana pihak yg dirasakan baik untuk agama, bangsa, negara, keluarga, kuasa  mahupun berniaga.  

Adalah dimaklumkan bahawa saya sebagai warga FB serta warga Malaysia ingin maklumkan bahawa saya akan post perkara yg berkaitan dengan maklumat yg ada pada saya untuk dikongsi pd yang sudi membaca.  Berita dari media utama, spt Utusan Malaysia, TV3 tidak perlu di FB saya, sebab sudah terpaksa serta teramat nyata  & didapati dimana2 saja, di ruang2 menunggu hingga ke penyampaian berita di tv mahupun dlm kereta.

Pendirian politik rakyat Malaysia besar dipengaruhi oleh sumber rujukan yg mereka yakini, terima & jadikan pegangan politik mereka.  Sumber yg dirujuk, mungkin  Utusan, NST, Star, Sinar Harian, HarakahDaily, MediaRakyat,  TV3, RTMs, KiniTV, Malaysia Today, Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysian Insider dll Yg mana dipilih disitulah maklumat serta info yg akan ditanam di dada dan seterusnya menjadi faktor pemilihan di hari pengundian.

Saya berlapang dada & terima pandangan & pendirian semua,  as long as you post them on your own FB.  Sokong, puji dan puja lah sesiapapun, Najib ke, Anwar ke, Khalid ke, Zulkifli, Isa ke Aishah ke, Nurul ke, Nong Chik ke, Lim ke, Ghani  ke, Fathul ke,  Azhar Idrus ke, Utz Harussani ke Utz MAZA ke, Adnan ke, Nik Aziz ke… pilih lah yang berkenan. Let's agree to disagree.

Yang amat penting elak terlalu menghina, fitnah, penipuan, bahan lucah, maklumat palsu, budaya samseng, salahguna kuasa dan kemudahan, ugutan dll

Kita yg  beragama Islam perlu pilih proses yg bersih, beretika, sihat, akhlak yang baik, adil serta berteraskan Al Quran dan Hadis.  Apa yang haram, zalim, kejam, salahguna kuasa, lucah, fitnah, samseng, caci maki, rasuah, kronisma, peras ugut  dll  amat perlu dielakkan. 

Berkempen pd hemat saya hanya perlu ditampil dgn hujah politik yg rational bg menerang berkaitan isu semasa rakyat serta yg akan mermenuhi tuntutan asasi rakyat.   Perkara peribadian yg tiada kaitan dengan rakyat, kemudahan rakyat atau harta rakyat tak perlulah dihebohkan.   

Sememangnya tak dpt dielak kedua belah pihak akan mengaku ialah benar, baik, berjaya, adil, mengambil berat, penyelamat bangsa agama dan negara.  Kita perhati, cari maklumat dari semua pihak kemudian  analisis & gunalah akal yg dianugerahkan.  Ada pihak menggata team beliau terdiri dari mereka yg mempunyai diploma  ke atas.  Tetapi yang lebih penting  bukan berpelajaran tinggi tetapi pendidikan sempurna terutama bab agama, yang akan menjadi sesaorang pemimpin mempunyai nilai akhlak, integriti, sifat rajin dan intelek yang hebat serta bermoral tinggi dan sentiasa meng’addin’kan agama. Cukuplah sudah perjuangan semata mata berpaksikan pembangunan fizikal dan infrastruktur, tiba masa untuk memperbetul maklamat kita iatu pembangunan rakyat berakhlak tinggi.   Keikhlasan hanya Allah yang tahu.

Pada saya kedua pihak tak 100% sempurna tetapi Saya akan  sokong & pilih pihak yg SAYA rasakan pejuang atas nama Islam dan hanya kerana Allah, kesejahteraan semua bangsa, adil, tulus, ikhlas & menjauhi amalan penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah, kronisma, fitnah, boros, wang negara keluar secara haram, peralat jentera dan kakitangan kerajaan,  tidak bertanggungjawap terhadap amanat rakyat juga tidak menghormati rakyat.   

Yg saya paling sedih adalah pilihanraya di Malaysia seakan pertanding  antara Team A seramai 11 orang berlawan Team B seramai 5 org.  Referi & penjaga garisan merupakan ahli Team A dan hanya penyokong Team A yg dibenarkan bawa masuk bendera dan banner dlm stadium.  Atas sebab itu saya keluar stadium, iaitu tak sanggup baca surat khabar & tonton berita propaganda berat sebelah yg memalukan. Harapan saya adalah Malaysia perlu hentikan politik murahan dan tidak bertamadun.  Dalam pertandingan semua ingin kemenangan, tetapi kalau saya penyokong Team A saya akan rasa teramat sangat malu dengan bertanding secara kotor dan berat sebelah. Pertandingan padang sama rata, hanya dalam mimpi.

Secara peribadi juga saya amat sedih berkaitan keadaan berikut di negara yg dicintai ini.  Ia itu  negeri orang Melayu Kelantan dikhianati begitu lama; rezeki rakyat Sarawak dikhianati pemimpin mereka; amalan budaya lucah dan fitnah; salahguna kemudahan media awam, serta kakitangan awam dan duit awam; kekerapan kematian kaum India dalam lokap, pelaksanaan undang-undang negera terbahagi kepada dua, pihak yang berkuasa dan orang awam sehingga yang berkuasa seakan kebal dari tindakan undang-undang.

 Dalam pertandingan semua ingin kemenangan, tetapi pada saya ianya perlu secara adil, bersih dan seterusnya berserah kepada Allah.  Kalau menang bersyukur kalau kalah perbetul.   Saya berserah kpd Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa utk memberi pertunjuk.

Semoga Allah melidungi kita dari sebarang huru hara mahupun krofrantasi dan rakyat tidak perlu mengambil berat ramalan ahli nujum seperti bekas menteri dan bekas2 perdana menteri.  Kita rakyat beragama Islam, tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,walaupun dia yg memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu, itu urusan dia dengan Allah.  Kita juga hidup di negara demokrasi, dengan kekuasaan pemerintahannya berasal dari rakyat, baik secara langsung atau melalui perwakilan, dgn itu semua perlu terima pilihan rakyat majoriti, serta elak penipuan.

Kita berserah dan memohon hanya pada Allah.
Selamat berkempen secara bersih dan beretika
Selamat membuat keputusan
Terpulanglah kepada Rakyat untuk memilih dengan mengguna pertimbangan serta hak masing masing,

Undi saya adalah rahsia.

Selesai PRU13 Rakyat perlu bersama semula
Kita semua inginkan kesejahteraan di dunia juga di akhirat
Menang kalah, hanya Allah yang akan menentukan 
Akhirnya keputusan mungkin merupakan anugerah atau ujian daripada Allah kepada negara & rakyat Malaysia.